Wednesday, July 22, 2015
Assalamualaikum kepada semua
pembuka madah pembuka kata
untuk blog kita yang baru pula
memang sudah lama tidak bercerita
mudah-mudahan ia menjadi penghibur lara...
selepas sebulan kita berpuasa
Ramadhan pergi dengan sekelip mata
tanpa disedari ia telah tiada
semoga setiap amalan diterima olehNya...
kemudian Syawal mengunjung tiba
memang terasa sayu dan hiba
kira tahun ini x banyak persiapan yang ada
cuma baju melayu, sampin baru untuk suami dan anak2 sahaja...
kuih muih jua tidak lah semeriah dahulu kala
sebab masa berlalu dengan pantas belaka
macam x berkesempatan untuk menyediakan semua
kasihan diri ku yang sentiasa mengejar masa....
apa taknya, sampai rumah dah nak senja
terkejar-kejar masak untuk berbuka
setiap malam ku gagahi berterawih pula
walaupun tidak mencukupi semuanya....
tetiba seminggu sebelum raya
kesihatan keluarga terganggu pula
en suami dan anak kedua
menjadi mangsa
anak kedua mendapat penumonia
suami masih berdegil untuk rawatan selanjutnya....
Ya Allah....Engkau permudahkan lah segala-segalanya
Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik2 untuk semua
agar dapat kami menjalani kehidupan seperti sediakala
itulah cerita hamba untuk seketika
lain lembaran hamba bercerita semula
kisah-kisah kehidupan kita sekeluarga.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment